Isnin, 11 Julai 2011

TUJUH (7) AHLI TERLIBAT DENGAN PUP (PROJEK USAHAWAN PELADANG) – TERNAKAN KAMBING

TUJUH (7) AHLI TERLIBAT DENGAN PUP (PROJEK USAHAWAN PELADANG) – TERNAKAN KAMBING

Dibawah Skim Usahawan Peladang pihak Lembaga Pertubuhan Peladang telah menyediakan peruntukan kepada ahli-ahli Pertubuhan Peladang yang terlibat dengan ternakan kambing bagi tujuan menambah bilangan kambing atau membesarkan kandang yang sedia ada. Peruntukan ini diberi secara pinjaman tanpa cagaran (PTC) melalui Pertubuhan Peladang kepada ahli-ahli yang layak dengan tempoh bayaran balik selama lima (5) tahun atau 60 kali bayaran balik.

Ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin yang terlibat dalam projek usahawan peladang menternak kambing ini adalah seramai tujuh (7) orang. Mereka adalah terdiri penternak-penternak yang telah memulakan penternakan kambing secara sendiri dan mempunyai kandang berhampiran kediaman masing-masing.
Pada tahun 2007 tiga orang usahawan peladang telah diluluskan peruntukan dibawah skim PUP ini iaitu:

Bil Nama usahawan Unit Peladang Bekalan Kambing
1 Sidek Bin Hamid Chohong             -20
2 Janas bin Limat Chohong             - 20
3 Mohd Ariffin Mohd Nor Nyalas       -20


Manakala pada tahun 2008 pula dua orang lagi usahawan peladang yang diluluskan peruntukan yang sama iaitu:

Bil Nama Usahawan Unit Peladang Bekalan Kambing
1 Mohamad bin Keling Pondok Kempas -17
2 Abd. Latif bin Keling Chabau             -31

Seterusnya pada tahun 2009 dua orang lagi ahli-ahli PPK Jasin diluluskan permohonan mereka menerima peruntukan yang sama mereka-mereka itu ialah:

Bil Nama Usahawan Unit Peladang Bekalan Kambing
1 Nazri bin Hashim Bemban           -37
2 Kamarulzaman Talib Asahan       -19

Bagi ahli-ahli Pertubuhan Peladang yang berminat bolehlah membuat permohonan ke Pejabat Pertubuhan Peladang dengan menggunakan borang khas beserta memenuhi syarat-syarat antaranya telah memulakan projek ternakan kambing sendiri, menjadi ahli Pertubuhan Peladang dan memilik saham RM100.00.

Pihak Lembaga Pertubuhan Peladang berharap usahawan peladang yang tersebut di atas dapat melipatgandakan usaha dalam aktiviti penternakan mereka supaya dapat dikembangkan serta menjana pendapatan kepada ahli-ahli yang terlibat.

Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin pula sentiasa membantu usahawan peladang dalam memberi khidmat nasihat dan bimbingan bersama-sama Pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah, manakala pinjaman tanpa cagaran yang dikeluarkan akan dikutip kembali dari masa kesemasa, semoga pihak usahawan peladang dapat membuat ansuran bayaran sebagaimana yang telah ditetapkan saperti perjanjian yang telah dibuat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan