Ahad, 10 Julai 2011

DARI MEJA KETUA PENGARANG.....

DARI MEJA KETUA PENGARANG



Assalamualakum W.B.T…

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya pihak pengurusan PPK Jasin dapat menerbitkan Buletin Peladang bagi memberi maklumat-maklumat terkini mengenai perjalanan aktiviti dan projek yang sedang dijalankan di PPK Jasin.Terima kasih tidak terhingga di ucapkan kepada anggota PPK Jasin yang terlibat menerbitkan buletin ini.

PPK Jasin kini mencapai kejayaan yang memberangsangkan terutamanya dari segi penambahan projek-projek dari tahun ke tahun. Kejayaan ini adalah sokongan dari Ahli Jemaah Pengarah, anggota dan ahli-ahli unit peladang PPK Jasin sendiri. Semoga kejayaan yang diperolehi ini akan menjadi sumber inspirasi untuk PPK Jasin terus maju pada masa akan datang.

PPK Jasin akan memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan kepada semua ahli-ahli unit peladang bagi melaksanakan apa sahaja program, projek dan aktiviti yang boleh memajukan PP dan ahli-ahli unit peladang PPK Jasin terutamanya. Diharap Buletin Peladang ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang berguna mengenai aktiviti yang dijalankan di PPK Jasin.

Sekian. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan