Ahad, 24 Julai 2011






Homestay Peladang yang terletak di bersebelahan dengan PPK Jasin.
Terdapat 2 buah rumah iaitu 
" Rumah Cempaka " dan " Rumah Mawar ".

"Rumah Cempaka"  mempunyai 3 buah bilik yang boleh didiami.                                                             KADAR HARGA -Setiap Hari :      RM 100.00

Manakala
" Rumah Mawar " terdapat 5 buah bilik yang boleh didiami.
KADAR HARGA -Setiap Hari :      RM 150.00

Untuk pelanggan yang ingin menyewa bilik juga perkhidmatan ini disediakan.
KADAR HARGA - Setiap Hari :     RM 70.00

Deposit RM 50.00- akan            dikembalikan semasa Check Out.

KEMUDAHAN HOMESTAY –     Berhadapan dengan Stadium Jasin dan berdekatan dengan Bandar Jasin.
 
Rumah Cempaka
- Katil Besar (2 Unit)
- Katil Single (2 Unit)
- Bantal
- Selimut
- Tuala

Rumah Mawar                                                                                                                                     - Katil Besar (2 Unit)
- Katil Single (8 Unit)
- Bantal
- Selimut
-Tuala
INFO KE BANDAR MELAKA
-
40 minit perjalanan ke Melaka
-  Pengangkutan
*Bas Awam
POLISI                                                                     
- Tidak dibenarkan memasak kecuali menggunakan cerek elektrik yang disediakan
-
Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa.
KADAR HARGA
-Setiap Hari
* Rumah Cempaka -RM 100.00
* Rumah Mawar -RM 150.00
* Bilik-RM 70.00

KEMUDAHAN HOMESTAY
-Cerek elektrik
- Televisyen
- Seterika
- Peti Sejuk
- Bilik Air
- Kipas

 


Selasa, 12 Julai 2011

Homestay Peladang

PENGENALAN :- 

Homestay Peladang yang terletak di bersebelahan dengan PPK Jasin.
Terdapat 2 buah rumah iaitu  " Rumah Cempaka " dan " Rumah Mawar ".
"Rumah Cempaka"  mempunyai 3 buah bilik yang boleh didiami. 
KADAR HARGA -Setiap Hari : RM 100.00

Manakala " Rumah Mawar " terdapat 5 buah bilik yang boleh didiami.
KADAR HARGA -Setiap Hari : RM 150.00

Untuk pelanggan yang ingin menyewa bilik juga perkhidmatan ini disediakan.
KADAR HARGA - Setiap Hari : RM 70.00

Deposit RM 50.00- akan dikembalikan semasa Check Out.

KEMUDAHAN HOMESTAY –  Berhadapan dengan Stadium Jasin dan berdekatan dengan Bandar Jasin.



 

 "Homestay Peladang"


ALAMAT
PPK JASIN,
JALAN KELUBI,
77000 JASIN, MELAKA.
TEL/FAKS : 06-5291268
AZURA      : 012-7810267
NANA       : 013-3336713

Gambar 











































KADAR HARGA
-Hari biasa (isnin-jumaat) :
* Rumah Cempaka
-RM 100.00
* Rumah Mawar
-RM 150.00
* Bilik
-RM 70.00
KEMUDAHAN HOMESTAY
-Cerek elektrik
- Televisyen
- Seterika
- Peti Sejuk
- Ampaian
- Bilik Air
- Kipas



KEMUDAHAN BILIK

Rumah Cempaka
- Katil Besar (2 Unit)
- Katil Single (2 Unit)
- Bantal
- Selimut
- Tuala

Rumah Mawar                     - Katil Besar (2 Unit)
- Katil Single (8 Unit)
- Bantal
- Selimut
-Tuala

INFO KE BANDAR MELAKA
- 30 minit perjalanan ke Melaka
-  Pengangkutan
*Bas Awam

MESTI LAWAT
- Tanjung Kling
- Makam Hang Tuah
- Rumah Melaka
(Rumah Tradisional)

MESTI LAKUKAN
- Pasar Malam
(Rabu dan Sabtu) : 7pm-10pm

POLISI
-
Tidak dibenarkan memasak kecuali menggunakan cerek elektrik yang disediakan
-
Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa

HUBUNGI


No Tel Pej : 06-5291268
No H/P :
Azura 012-7810267
Nana 013-3336713

Isnin, 11 Julai 2011

PPK JASIN LAKSANAKAN TIGA PROJEK BARU PADA TAHUN 2009

PPK JASIN LAKSANAKAN TIGA PROJEK BARU PADA TAHUN 2009

1. Projek tanaman pisang 8 hektar kawasan tanah terbiar (sawah) di Unit Peladang Sempang Kerayong dengan peruntukan RM80,000

2. Pusat Proses ayam, makanan sejuk beku dan sos cili di Unit Peladang Sempang Bekoh dengan peruntukan RM445,000

3. Projek biakbaka kambing di Kg Kumpai sebanyak 360 ekar baka dan induk kambing Boer dengan keseluruhan peruntukan RM1,040,000





TUJUH (7) AHLI TERLIBAT DENGAN PUP (PROJEK USAHAWAN PELADANG) – TERNAKAN KAMBING

TUJUH (7) AHLI TERLIBAT DENGAN PUP (PROJEK USAHAWAN PELADANG) – TERNAKAN KAMBING

Dibawah Skim Usahawan Peladang pihak Lembaga Pertubuhan Peladang telah menyediakan peruntukan kepada ahli-ahli Pertubuhan Peladang yang terlibat dengan ternakan kambing bagi tujuan menambah bilangan kambing atau membesarkan kandang yang sedia ada. Peruntukan ini diberi secara pinjaman tanpa cagaran (PTC) melalui Pertubuhan Peladang kepada ahli-ahli yang layak dengan tempoh bayaran balik selama lima (5) tahun atau 60 kali bayaran balik.

Ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin yang terlibat dalam projek usahawan peladang menternak kambing ini adalah seramai tujuh (7) orang. Mereka adalah terdiri penternak-penternak yang telah memulakan penternakan kambing secara sendiri dan mempunyai kandang berhampiran kediaman masing-masing.
Pada tahun 2007 tiga orang usahawan peladang telah diluluskan peruntukan dibawah skim PUP ini iaitu:

Bil Nama usahawan Unit Peladang Bekalan Kambing
1 Sidek Bin Hamid Chohong             -20
2 Janas bin Limat Chohong             - 20
3 Mohd Ariffin Mohd Nor Nyalas       -20


Manakala pada tahun 2008 pula dua orang lagi usahawan peladang yang diluluskan peruntukan yang sama iaitu:

Bil Nama Usahawan Unit Peladang Bekalan Kambing
1 Mohamad bin Keling Pondok Kempas -17
2 Abd. Latif bin Keling Chabau             -31

Seterusnya pada tahun 2009 dua orang lagi ahli-ahli PPK Jasin diluluskan permohonan mereka menerima peruntukan yang sama mereka-mereka itu ialah:

Bil Nama Usahawan Unit Peladang Bekalan Kambing
1 Nazri bin Hashim Bemban           -37
2 Kamarulzaman Talib Asahan       -19

Bagi ahli-ahli Pertubuhan Peladang yang berminat bolehlah membuat permohonan ke Pejabat Pertubuhan Peladang dengan menggunakan borang khas beserta memenuhi syarat-syarat antaranya telah memulakan projek ternakan kambing sendiri, menjadi ahli Pertubuhan Peladang dan memilik saham RM100.00.

Pihak Lembaga Pertubuhan Peladang berharap usahawan peladang yang tersebut di atas dapat melipatgandakan usaha dalam aktiviti penternakan mereka supaya dapat dikembangkan serta menjana pendapatan kepada ahli-ahli yang terlibat.

Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin pula sentiasa membantu usahawan peladang dalam memberi khidmat nasihat dan bimbingan bersama-sama Pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah, manakala pinjaman tanpa cagaran yang dikeluarkan akan dikutip kembali dari masa kesemasa, semoga pihak usahawan peladang dapat membuat ansuran bayaran sebagaimana yang telah ditetapkan saperti perjanjian yang telah dibuat.





PUSAT PROSES AYAM DIPINDAHKAN KE SEMPANG BEKOH

PUSAT PROSES AYAM DIPINDAHKAN KE SEMPANG BEKOH

Pada 20 March 2010 pusat proses ayam PPK Jasin yang beroperasi di belakang Pejabat telah dipindahkan ke Kg Simpang Bekoh, perpindahan ini telah menetapi kehendak pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Jasin yang mahu pusat-pusat pemprosesan saperti ini dipindahkan keluar dari kawasan bandar.
Ekoran itu pihak Lembaga Pertubuhan Peladang pada tahun 2009 telah meluluskan permohonan Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin bagi membiayai pembinaan pusat proses ayam yang baru ditanah milik Pertubuhan Peladang sendiri di Kg Sempang Bekoh sebanyak RM445,000.00



Maklumat Pengurusan PPK Jasin

Ahli Jemaah Pengarah Tahun 2010-2012

1. Pengerusi     :Hj. Abd. Rahman bin Mamat                          
2. AJP             :Datuk Hj. Jaafar bin Lajis                                
3. AJP             :Hj. Abd. Ghafar bin Mohd Yusof                    
4. AJP             :Hj. Abdullah bin Abd. Majid                           
5. AJP             :Hj. Abu Bakar bin Mahadi                              
6. AJP             :Haji Ahmad bin Baharudin                              
7. AJP             :Dr. Haji Haron bin Kidam                              

Staf Pengurusan PPK Jasin

1.Pengurus Besar                      : Haji Ahmad Pudzi bin Ismail                         
2.Timbalan Pengurus Besar       : En.Razali bin Ramli                                             
3.Pengurus Akaun                    : Pn. Salmah bt. Ismail                                         
4.Pengurus Pentadbiran            : En.Yaakop bin Abu Bakar                             
5.Pengurus Projek                    : En.Hamidi bin Samsuri
6.Pengurus Usahawan              : En.Asna Nazifi bin Abd. Aziz                             
7.Pengurus Perniagaan            : Cik Siti Norazura bt. Mohamad Noor
8.Pengurus Ehwal Korporat      : Cik Nurul Farhana bt. Adenan                          
9.Jaga                                     : En. Mohamad bin Hassan
10.Kerani                                : Pn. Mahfuza bt. Suboh

Ahad, 10 Julai 2011

DARI MEJA KETUA PENGARANG.....

DARI MEJA KETUA PENGARANG



Assalamualakum W.B.T…

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya pihak pengurusan PPK Jasin dapat menerbitkan Buletin Peladang bagi memberi maklumat-maklumat terkini mengenai perjalanan aktiviti dan projek yang sedang dijalankan di PPK Jasin.Terima kasih tidak terhingga di ucapkan kepada anggota PPK Jasin yang terlibat menerbitkan buletin ini.

PPK Jasin kini mencapai kejayaan yang memberangsangkan terutamanya dari segi penambahan projek-projek dari tahun ke tahun. Kejayaan ini adalah sokongan dari Ahli Jemaah Pengarah, anggota dan ahli-ahli unit peladang PPK Jasin sendiri. Semoga kejayaan yang diperolehi ini akan menjadi sumber inspirasi untuk PPK Jasin terus maju pada masa akan datang.

PPK Jasin akan memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan kepada semua ahli-ahli unit peladang bagi melaksanakan apa sahaja program, projek dan aktiviti yang boleh memajukan PP dan ahli-ahli unit peladang PPK Jasin terutamanya. Diharap Buletin Peladang ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang berguna mengenai aktiviti yang dijalankan di PPK Jasin.

Sekian. Wassalam.